dfp “Sebab Tu Punca Cina Malaysia Susah Nak Masuk Islam!!”- Pemuda Cina Muslim Ini Menceritakan Pengalaman Beliau ! | Malaysia Viral

“Sebab Tu Punca Cina Malaysia Susah Nak Masuk Islam!!”- Pemuda Cina Muslim Ini Menceritakan Pengalaman Beliau !

Eh Jun Guang atau Adam Kelvin adalah antara individu Cina Muslim yang menetap di Malaysia. Beliau menetap di Selangor dan sudah pun berkahwin dengan wanita melayu pilihan hati beliau yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin dan alhamdulillah, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Eh Soon Cong.




Kini, kalau tak salah admin, sekarang beliau dan isteri sedang bergiat aktif dalam menjayakan projek tuisyen khas beliau bernama My Creative Home Tuition. Beliau memberi khidmat kepada pelajar-pelajar secara khusus untuk mendalami subjek matematik dan matematik tambahan manakala isterinya pula mengajar bahasa melayu.


Baru-baru ini, beliau menulis di dalam akaun facebook beliau bernama Adam Kelvin dan menyatakan bahawa antara punca yang menyebabkan kaum Cina di Malaysia rasa susah atau takut nak masuk islam adalah kerana nama cina mereka akan hilang!


Walaupun telah tersebar di kalangan kaum cina di Malaysia bahawa apabila seseorang cina masuk islam maka nama mereka boleh kekal 100%, dan boleh menamakan bayi mereka dengan nama cina tanpa perlu ada perkataan ‘bin’, mereka tetap tidak mempercayainya juga! Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga amat takut dan menganggap bahawa budaya mereka juga terpaksa dikuburkan.

Di bawah ini adalah bukti bahawa nama beliau kekal, malah beliau boleh menamakan anak beliau dengan nama cina.

Berikut adalah penerangan Encik Adam Kelvin berkenaan dengan apa yang disebutkan di atas.

“Ya ke? Mustahil la! Aku Tak percaya benda ni! Lepas tu anak macam mana pula??”


Ayat tu yang dibalas oleh keluarga saya, saudara mara, dan juga kawan-kawan saya yang bukan islam, mereka tak percaya masuk islam boleh kekal nama 100%, tanpa pertukaran nama atau penambahan nama. Dan nama anak saya juga boleh ikut style cina tanpa ada “bin”. Lepas mereka tengok dua gambar ini terkejut beruk! baru mereka percaya!

Bukan setakat nama boleh kekal, budaya cina pun boleh kekal selagi tak bercanggah dengan syariat islam, ada di kalangan kawan saya, selepas dengar penerangan saya tentang “nama” dan “budaya” selepas masuk islam, mereka hanya jawab “ooo, kalau macam ni, senang lah nak masuk islam!”

“Mudahkanlah setiap urusan & janganlah kalian mempersulitnya, buatlah mereka tenang & jangan membuat mereka lari” [HR. Bukhari No.5660].

Sumber: Adam Kelvin via KunAnta

loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
dfp
dfp